Quantcast
Channel: Resipi – Nota Info
Viewing all articles
Browse latest Browse all 52

Resipi Aiskrim Pasu Yang Mudah Dibuat

$
0
0

Resipi Aiskrim Pasu Yang Mudah Dibuat | Aiskrim pasu seolah menjadi fenomena, ramai dah yang berkongsi cerita tentang aiskrim pasu yang katanya boleh didapati di Jonker Walk Melaka.

Puteri sebenarnya tertarik pada rupa Aiskrim Pasu tu, tengok macam tumbuhan hijau yang baru nak tumbuh dalam pasu yang dipenuhi tanah. Kalau tak cakap tu aiskrim, memang ramai boleh terpedaya. Puteri pun masa pertama kali tengok gambar aiskrim pasu kat majalah, puteri fikirkan tu pokok bunga baru nak tumbuh.

Biasalah bila ada sesuatu yang menjadi trend, lagi-lagi makanan. Mulalah puteri nak cari resipi. Yelah kalau senang nak buat resipi aiskrim pasu ni, tak perlulah susah susah pergi ke Jonker Walk semata-mata nak cari aiskrim pasu.

Resipi Aiskrim Pasu Yang Mudah Dibuat

sumber: Google

Bawah ni puteri kongsikan Resipi Aiskrim Pasu Yang Mudah Dibuat.

Bahan-Bahan
Pasu bunga plastik bersaiz kecil
Cawan untuk mengisi aiskrim
Aiskrim (perasa apa pun boleh)
Biskut Oreo (dihancurkan)
Daun untuk hiasan (pastikan daun yang boleh dimakan)

Cara Membuat
1) Masukkan cawan ke dalam pasu bunga plastik. Kemudian isikan aiskrim ke dalam cawan.
2) Taburkan oreo yang telah dihancurkan. Untuk hasil yang lebih baik, hancurkan dalam 5 ke 6 keping biskut oreo.
3) Hiaskan dengan daun pilihan. Pastikan daun dari tumbuhan yang boleh dimakan seperti daun pudina. Jangan ambil daun dari pokok hiasan pula, sebab banyak tumbuhan yang beracun. Bahaya pula nanti.

Siap Aiskrim Pasu Yang Popular

Macam mana? Senang je nak buat kan.

Ingatkan nak buat hari ini, tapi tak ada pasu kecil. Biskut oreo pun tak ada. Hmm tunggu bila puteri ke bandar nanti, baru pergi beli pasu kecil. Selepas dah cuba nanti, bolehlah selitkan dalam entri kan.

Kalau korang ada semua bahan kat rumah, bolehlah cuba buat sendiri. Aiskrim pasu versi homemade.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 52

Trending Articles