Resipi Coklat Inti Kelapa Yang Sedap | Coklat dan kelapa kering memang satu gandingan yang sangat ‘yummy’ apatah lagi kalau coklat inti kelapa ini dibuat sendiri. Hanya memerlukan tiga jenis bahan yang mudah didapati.
Sebelum tu puteri nak maklumkan bahawa ini bukan resipi original dari puteri, sumbernya puteri dapat dari Facebook. Tapi memadangkan ia mudah dibuat dan nampak sedap, jadi puteri pun kongsikanlah dengan korang. Lagipun dah lama tak kongsikan tentang resipi kan.
Ok tak mahu membebel panjang, jom belajar buat coklat berinti kelapa yang mudah dibuat ini.
RESIPI COKLAT INTI KELAPA YANG SEDAP
Bahan-bahan:
400g coklat masakan
3 cawan kelapa kering
1 cawan susu pekat
Cara Membuat
1) Campurkan kelapa kering dan susu pekat dalam bekas.
2) Bentukkan campuran kelapa kering tersebut.
3) Letakkan dalam dulang atau bekas dan sejuk bekukan selama 20 minit.
4) Cairkan coklat masakan secara ‘double boil’.
5) Salutkan campuran kelapa yang telah disejukbekukan dengan coklat yang telah cair.
6) Simpan semula di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Macam mana? Mudah kan nak buat coklat inti kelapa. Kepada para ibu, bolehlah buat untuk anak-anak di rumah.